Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, ingin saya berkongsi sedikit pengamatan saya terhadap penggunaan bahasa Melayu kini dalam kehidupan seharian tidak kira bangsa atau agama. saya melihat ramai anak muda pada zaman sekarang kurang mengamalkan bahasa melayu dalam komunikasi. mengapakah ini terjadi? sebagai contoh, sewaktu beratur untuk membuat pesanan makanan di restoran KFC baru-baru ini, saya melihat seorang ibu yang berbangsa melayu menuturkan bahasa inggeris dengan anaknya yang pada pandagan saya berumur 4 tahun, berbanding dengan bangsa cina di hadapan saya mengajar anaknya menuturkan bahasa melayu seperti panggilan "kakak" sewaktu saya senyum kepada budak kecil itu.
mengapakah penggunaan Bahasa Melayu penting?
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa utama. Bahasa Melayu merupakan aspek penting bagi mencerminkan perpaduan sesebuah Negara.
Hal ini kerana setiap kaum perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dalam pergaulan mereka seharian mereka dengan kaum lain.
selain itu, kita perlu mengekalkan bahasa ibunda kita, penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan memudahkan kita berurusan malah pelancong luar akan lebih tertarik dengan bahasa kita kerana dituturkan oleh pelbagai kaum dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan