Isnin, 28 Februari 2011
ucapan mesra dan sopan
salam sejahtera semua, pagi ini saya ingin memuji rakan sebilik saya. hal ini kerana tiap kali sama ada saya ingin keluar atau pergi ke kuliah ungkapan sering kami amalkan ialah "pergi dulu ye". ucapan ini dapat mengeratkan hubungan pada pendapat saya. dapat dilihat peranan bahasa penting dalam komunikasi seharian.
Jumaat, 25 Februari 2011
Indah Bahasa menerusi Dialek.
Salam sejahtera semua, penat rasanya pulang dari bercuti namun ingin berkongsi sedikit cerita mengenai dialek. sewaktu bercuti pelbagai ragam manusia dapat dilihat, terdapat banyak keluarga yang datang dari negeri-negeri yang berlainan. sewaktu saya ingin bergambar dengan seekor kuda, datang sekeluarga yang bercakap mengikut dialek kelantan ingin menangkap gambar di tempat saya. di sini dapatlah saya mempelajari bahasa lain selain bahasa negeri saya sendiri. Begitu juga sewaktu saya berada di kolam, terdapat beberapa wanita yang bercakap dialek utara. Terdetik pada fikiran saya indahnya Malaysia yang kaya dengan pelbagai bahasa mengikut negeri dan bangsa.
nota: mari kita ketahui sedikit ilmu mengenai dialek,
Menurut Nik Safiah Karim, 1988. bahasa melayu mempunyai banyak dialek yang berbeza dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Manakala, Abdul Hamid Mahmood, 2006 menyatakan dialek iailah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
contoh dialek:
nota: mari kita ketahui sedikit ilmu mengenai dialek,
Menurut Nik Safiah Karim, 1988. bahasa melayu mempunyai banyak dialek yang berbeza dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Manakala, Abdul Hamid Mahmood, 2006 menyatakan dialek iailah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
contoh dialek:
- bebal (kedah) : cepat marah, tidak sabar.
- Acok (kelantan) : tempat untuk berjemur
Khamis, 24 Februari 2011
belajar kosa kata baharu
Hari ini saya dapat mengetahui 1 kosa kata dari dialek kelantan iaitu "pongoh" iaitu sombong. namun demikian saya tidak mengetahui ejaan sebenar bagi kosa kata tersebut, hanya sekadar berkongsi dengan teman ye. terima kasih..
Rabu, 23 Februari 2011
Bahasa Melayu Tinggi
pada hari rabu, saya telah mengikuti seminar mengenai Bahasa Melayu Tinggi, menurut Prof di mana kita perlu menggunakan bahasa dengan betul kosa kata, nahu yang rapi bermaksud ada jeda, tanda baca, menggunakan kosa kata tertentu bermaksud pemilihan kata dan penggunaan kata ganti nama.
Jumaat, 18 Februari 2011
wajarkah ungkapan seperti itu?
salam perpaduan semua, baru-baru ini saya dalam perjalanan pulang ke rumah, terdapat dua orang pelajar perempuan yang duduk bersembang. Namun, perkara yang menarik perhatian saya adalah ungkapan "bengong" yang diujarkan oleh salah seorang rakannya. wajarkah, kita sebagai bakal seorang guru menggunakan ungkapan tersebut dan apakah pandangan orang lain yang turut mendengarnya.
pada buah fikiran saya, bakal seorang guru tidak seharusnya menggunakan ungkapan tersebut. tambahan pula, sebagai seorang wanita yang seharusnya menjaga pertuturan adab dan kesopanan. bagaimanakah pula pandangan anda semua? saya tinggalkan persoalan ini..sekian terima kasih.
pada buah fikiran saya, bakal seorang guru tidak seharusnya menggunakan ungkapan tersebut. tambahan pula, sebagai seorang wanita yang seharusnya menjaga pertuturan adab dan kesopanan. bagaimanakah pula pandangan anda semua? saya tinggalkan persoalan ini..sekian terima kasih.
Khamis, 17 Februari 2011
kepentingan bahasa kita (bahasa melayu)
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, ingin saya berkongsi sedikit pengamatan saya terhadap penggunaan bahasa Melayu kini dalam kehidupan seharian tidak kira bangsa atau agama. saya melihat ramai anak muda pada zaman sekarang kurang mengamalkan bahasa melayu dalam komunikasi. mengapakah ini terjadi? sebagai contoh, sewaktu beratur untuk membuat pesanan makanan di restoran KFC baru-baru ini, saya melihat seorang ibu yang berbangsa melayu menuturkan bahasa inggeris dengan anaknya yang pada pandagan saya berumur 4 tahun, berbanding dengan bangsa cina di hadapan saya mengajar anaknya menuturkan bahasa melayu seperti panggilan "kakak" sewaktu saya senyum kepada budak kecil itu.
mengapakah penggunaan Bahasa Melayu penting?
mengapakah penggunaan Bahasa Melayu penting?
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa utama. Bahasa Melayu merupakan aspek penting bagi mencerminkan perpaduan sesebuah Negara.
- Hal ini kerana setiap kaum perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dalam pergaulan mereka seharian mereka dengan kaum lain.
- selain itu, kita perlu mengekalkan bahasa ibunda kita, penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan memudahkan kita berurusan malah pelancong luar akan lebih tertarik dengan bahasa kita kerana dituturkan oleh pelbagai kaum dan bangsa.
Rabu, 16 Februari 2011
berfikir sejenak dengan puisi " dosa semalam"
DOSA SEMALAM
Semalam,
Masih tergambar detik itu,
Hujan renyai membasahi gadis itu,
Lemah tangannya menyeka cucuran airmata,
Namun, apakan daya,
Bukanlah kehendaknya.
Malam sepi menjadi saksi,
Detik pisahnya ibu dan bayi suci,
Dengan pilu rasanya di hati,
Kerna terpaksa bukan kerelaan sendiri,
Meninggalkan bayi yang dikandungi
Dek kerana keterlanjuran diri,
Malu masyarakat memandang keji.
Kini,
Hidupnya tidak bererti.
Di sebalik tiang, disaluti besi,
Penyesalan beraja di dalam hati,
Namun, gadis itu redhai,
Menyesali dosa semalam amat bererti,
Keseronokan hidupnya hilang berlalu pergi.
(Ayu, bahtera arkib)moral: masyarakat tidak seharusnya mencaci atau mengeji remaja yang telah terpesong sepatutnya mereka membantunya ke jalan yang benar. "mencaci" dan "mengeji" merupakan bahasa yang boleh menyakiti malah menjatuhkan motivasi dalam diri seseorang.
Selasa, 15 Februari 2011
majlis protokol 1( pengacara majlis)
salam sejahtera semua, hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai pengurusan majlis protokol. saya telah membaca satu buku mengenai majlis protokol. di sini saya berkongsi mengenai peranan pengacara majlis iaitu,
- pengacara majlis harus bersedia sekurang-kurangnya setengah jam sebelum majlis bermula,
- menguji pembesar suara,
- membuat pengumuman penting,
- mencatat kehadiran tetamu penting, mengumumkan ketibaan tetamu khas dengan menyebut nama gelaran, jawatan serta gelaran isteri jika isteri turut hadir,
- menyampaikan pengumuman mengikut teks yang disediakan berdasarkan ataur cara majlis yang telah disemak dengan sempurna,
- dilarang membuat perlakuan seperti seorang pelawak atau artis dan menonjolkan diri disepanjang masa mengacarakan majlis
- dan menutup majlis dengan kata-kata sopan atau kata-kata manis.
Isnin, 14 Februari 2011
Di manakah budi bahasa kita?
Salam sejahtera, topik hari ini adalah di manakah budi bahasa kita? apabila kita berurusan di kaunter pertanyaan seringkali kita berasa tidak puas hati dengan layanan mereka. Mengapakah ini terjadi sebagai contoh, baru-baru ini saya berurusan di sebuah fakulti, cara percakapan kakitangan tersebut sangat menghampakan malah mengguris hati saya. Justeru terdetik di dalam hati di manakah budi bahasa kita? Oleh itu, kita sebagai insan biasa perlulah fikir di manakah adab dan kesopanan kita sewaktu berbicara, bukankah budi bahasa kita melambangkan perihal kita. Marilah teman-teman kita renungkan...sekian. wassalam.
Jumaat, 11 Februari 2011
hayati seketika ciptaan saya
PUISI BUAT SUAMISuamikuHadirnya dirimu dalam hidupkuTelah membawa sirnamumenerangi kegelapan dalam hidupkumengenggam erat memimpin tangankumenuju ke pintu kebahagiaan dirimu dan diriku.
SuamikuAgungnya ketabahan dan kesabaranmuCekalnya akan dirimuMelayani kedegilan dan kerenahkuBetapa aku hargai dan sanjungi sepanjang hidupku
SuamikuTika aku bersedih dan terasa pilu,Engkau hadir dan menghiburkan hatikuSesungguhnya aku mengkagumi sikapmu ituWahai, suamiku.
SuamikuKasih sayangmu tak ternilaiIbarat deras mengalirnya air sungaiBegitu jugalah sayangmu terhadap diriku ini
Suamiku,Ingin ku katakan disiniBahawa aku bahagia sekaliDi sampingmu dan di sisiWalaupun penuh duriNamun kerna kasih yang suciDapat kita mengharungi
SuamikuSemoga hubungan kita iniBerkekalan ke akhir hayat nantiDi redhai dan dirahmatiAmin...
-Nukilan Ayu-
Khamis, 10 Februari 2011
Harus berbudi di jalan raya
salam satu malaysia semua, hari ini saya ingin berkongsi mengenai sikap pengguna jalan raya terutama di dalam kawasan kampus di mana mereka seakan-akan tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. sebagai contoh apabila mereka hendak memasuki satu lorong mereka tidak memberi isyarat. hal ini dapat menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain khususnya pejalan kaki. seharusnya mereka memupuk sikap bertimbang rasa dan berbudi bahasa sewaktu di jalan raya. Bukankah itu lebih elok? renung-renungkan...
berkongsi ilmu mengenai "ciri-ciri wacana (tautan)"
pada hari ini, saya mengulas sedikit mengenai satu ciri wacana iaitu tautan atau kohesi. Secara umumnya, Menurut Beaurande dan Dressler, terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. mari kita melihat apa itu kohesi.
v Tautan (kohesi)
· Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Selain itu, tautan bermaksud kesepaduan dalam penulisan.
· Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama.
· Dengan kata lain, wujudnya pertalian antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi.
· Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.
· Contohnya,
Muhammad, Fatimah dan Kasim ke perpustakaan.
Mereka ke sana untuk meminjam buku.
· Berdasarkan contoh di atas dapat dilihat tautan antara kedua-dua ayat tersebut iaitu perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Muhammad, Fatimah dan Kasim manakala perkataan sana merujuk kepada perpustakaan. Kedua dua ayat tersebut dianggap wacana kerana dapat difahami dan bermakna.
· Kohesi juga merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Hal ini bermaksud kohesi merupakan hubungan di anatara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi gramatikal mahupun leksikal.
· Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:80) pula menyatakan bahawa tautan dalam frasa, klausa dan ayat lebih nyata berbanding antara unit-unit tersebut. Mereka memberikan enam ciri tautan iaitu:
Ø Perulangan iaitu perulangan terus sesuatu linguistik
Ø Pengulangan sebahagian iaitu pengulangan unsur yang sama dengan mengubah golongan unsur linguistik yang telah digunakan sebelumnya.
Ø Paralelisme iaitu pengulangan struktur linguistik yang sama tetapi sama dengan unsur linguistik atau ujaran yang lain.
Ø Parafrasa iaitu pengulangan isi atau wacana yang sama tetapi diganti dengan unsur yang lain.
Ø Bentuk iaitu pro
Ø Ellipsis iaitu pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilang sebahagian daripada ujarannya.
Rabu, 9 Februari 2011
Bahasa Rojak
Assalammualaikum....Apa khabar? hari ini saya ingin berkongsi mengenai bahasa rojak. bahasa rojak boleh ditakrifkan sebagai percampuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa. Bahasa rojak dianggap sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul. Hal ini akan mencemarkan bahasa kita. Misalnya, Hari ini saya mendengar radio, terdapatnya penggunaan bahasa rojak iaitu percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris ( so belakang rumah i... so kita sebagai...)
Oleh itu, sebagai penutur bahasa yang budiman, kita seharusnya menuturkan bahasa tanpa ada percampuran pelbagai bahasa dalam kita berkomunikasi.
bahasa kita ibarat bunga yang putih (suci)
Oleh itu, sebagai penutur bahasa yang budiman, kita seharusnya menuturkan bahasa tanpa ada percampuran pelbagai bahasa dalam kita berkomunikasi.
bahasa kita ibarat bunga yang putih (suci)
Selasa, 8 Februari 2011
kasih seorang teman
Hai, semua..lama sudah kita bercuti sempena tahun baru cina. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman sewaktu cuti baru-baru ini. Pada 3 februari 2011, saya telah demam, pada ketika itu saya dan seorang teman baru balik dari johor bercuti selama tiga hari di sana. Sewaktu saya demam, teman saya sangat prihatin dan baik menjaga saya. di sini dapat dilihat budi dan kasih seorang teman tiada nilainya yang dapat dilihat dari segi perlakuannya sewaktu menjaga saya amat ikhlas dan dapat dilihat menerusi bahasa badan yang ditunjukkan oleh teman saya. Terima kasih teman, jasamu dan kasihmu kekal abadi dalam hidup ini buat selamanya.
Sedikit coretan, bahasa badan juga disebut komunikasi bukan lisan yang meliputi gerak geri tubuh badan seperti mata, tangan, kepala dan lain-lain.
Sedikit coretan, bahasa badan juga disebut komunikasi bukan lisan yang meliputi gerak geri tubuh badan seperti mata, tangan, kepala dan lain-lain.
Isnin, 7 Februari 2011
"kakak"
Pada hari ini saya ingin menyatakan pentingnya didikan ibu bapa terhadapnya sewaktu mereka kecil lagi. Baru-baru ini, saya dan teman telah balik ke kampung menaiki kereta api. Sewaktu di dalam kereta api tersebut, terdapatnya beberapa orang kanak-kanak berbangsa cina dan seorang budak cina dalam lingkungan umur 2 tahun. Ibu budak kecil tersebut telah mengajar anaknya memanggil kami "kakak" dan kanak-kanak cina yang lain turut memanggil kami dengan panggilan tersebut. Apa yang ingin dikatakan disini ialah walaupun berbangsa berlainan namun pengajaran ibu bapa terhadap anak sewaktu kecil amat bermakna dalam memberikan ilmu kepada mereka. Hal ini kerana, membiasakan diri anak-anak dengan pelbagai kosa- kata selain daripada bahasa ibunda mereka dapat membantu mereka dalam menguasai pelbagai bahasa terutamanya bahasa Melayu yang seiring dengan tumbesaran mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mempelajari bahasa Melayu dengan mudah kerana pepetah melayu menyebut "melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekian..
Langgan:
Catatan (Atom)