Khamis, 3 Mac 2011
bahasa kita budaya kita
Salam perpaduan dan salam satu malaysia, hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai budaya kita bahasa kita. mengapa saya berkata begitu, Hal demikian kerana baru-baru ini saya berurusan di kaunter yang tempahan di mana penyambut tetamu tersebut merupakan seorang berbangsa india, saya begitu tertarik dengan kata-katanya iaitu penggunaan bahasa Melayu beliau sangat baik, malah kata-katanya sangat ramah dan sopan, inilah budaya yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini. hal ini memperlihatkan indahnya bahasa kita dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. akhir sekali saya seronok berurusan dengan beliau. wassalam...
Rabu, 2 Mac 2011
kesalahan penggunaan Bahasa melayu
seringkali kita melihat kesalahan penggunaan Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan malah terdapat juga kesalahan ejaan di papan-papan tanda, papan perniagaan. mengapakah ini terjadi? Hal ini melambangkan kealpaan dan kelalaian kita dalam menggunakan bahasa dengan betul. Renung-renungkan..
Selasa, 1 Mac 2011
Isnin, 28 Februari 2011
ucapan mesra dan sopan
salam sejahtera semua, pagi ini saya ingin memuji rakan sebilik saya. hal ini kerana tiap kali sama ada saya ingin keluar atau pergi ke kuliah ungkapan sering kami amalkan ialah "pergi dulu ye". ucapan ini dapat mengeratkan hubungan pada pendapat saya. dapat dilihat peranan bahasa penting dalam komunikasi seharian.
Jumaat, 25 Februari 2011
Indah Bahasa menerusi Dialek.
Salam sejahtera semua, penat rasanya pulang dari bercuti namun ingin berkongsi sedikit cerita mengenai dialek. sewaktu bercuti pelbagai ragam manusia dapat dilihat, terdapat banyak keluarga yang datang dari negeri-negeri yang berlainan. sewaktu saya ingin bergambar dengan seekor kuda, datang sekeluarga yang bercakap mengikut dialek kelantan ingin menangkap gambar di tempat saya. di sini dapatlah saya mempelajari bahasa lain selain bahasa negeri saya sendiri. Begitu juga sewaktu saya berada di kolam, terdapat beberapa wanita yang bercakap dialek utara. Terdetik pada fikiran saya indahnya Malaysia yang kaya dengan pelbagai bahasa mengikut negeri dan bangsa.
nota: mari kita ketahui sedikit ilmu mengenai dialek,
Menurut Nik Safiah Karim, 1988. bahasa melayu mempunyai banyak dialek yang berbeza dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Manakala, Abdul Hamid Mahmood, 2006 menyatakan dialek iailah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
contoh dialek:
nota: mari kita ketahui sedikit ilmu mengenai dialek,
Menurut Nik Safiah Karim, 1988. bahasa melayu mempunyai banyak dialek yang berbeza dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Manakala, Abdul Hamid Mahmood, 2006 menyatakan dialek iailah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
contoh dialek:
- bebal (kedah) : cepat marah, tidak sabar.
- Acok (kelantan) : tempat untuk berjemur
Khamis, 24 Februari 2011
belajar kosa kata baharu
Hari ini saya dapat mengetahui 1 kosa kata dari dialek kelantan iaitu "pongoh" iaitu sombong. namun demikian saya tidak mengetahui ejaan sebenar bagi kosa kata tersebut, hanya sekadar berkongsi dengan teman ye. terima kasih..
Rabu, 23 Februari 2011
Bahasa Melayu Tinggi
pada hari rabu, saya telah mengikuti seminar mengenai Bahasa Melayu Tinggi, menurut Prof di mana kita perlu menggunakan bahasa dengan betul kosa kata, nahu yang rapi bermaksud ada jeda, tanda baca, menggunakan kosa kata tertentu bermaksud pemilihan kata dan penggunaan kata ganti nama.
Langgan:
Catatan (Atom)