Selasa, 19 Jun 2012

teknik pelaksanaan Pengajaran untuk pelajar lemah IQ dan hilang minat belajar

Apabila kita telah mengalami sendiri pengalaman mengajar di sekolah.baru kita mengetahui ada teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dan ada teori pembelajaran yang perlu disesuaikan mengikut situasi. Di sini saya akan berkongsi ilmu yang saya dapat setelah saya melalui pengalaman mengajar pelajar yang rendah IQ, kurang minat belajar. Tentu sahaja menjadi masalah kepada para guru memikirkan cara untuk menarik minat mereka. Cadangan saya aplikasikan penggunaan ict bagi mengajar kelas yang lemah. Mengapa? kerana penggunaan audio seperti lagu, video banyak membantu menarik perhatian mereka. Pelajar yang nakal, tidak ada minat belajar secara tak langsung tertarik untuk melihat dan mendengar. Bagaimana guru hendak memastikan mereka mengikuti pembelajaran? sewaktu hendak memasangkan lagu, edarkan seni kata, kosongkan perkataan-perkataan tertentu misalnya kata nama (ibu,adik, bumi) kata adjektif (sayu, gembira, tenang), kata kerja (berjalan, ditimpa). Berikan pelajar menyanyi sambil mengisi tempat kosong. Seronok kan aktiviti ini. bernyanyi sambil belajar. baiklah, selamat mencuba. Cuba aplikasi video ini dalam pengajaran, pasti dapat memberi nilai pengajaran, dan keinsafan kepada pelajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan