Sabtu, 15 Januari 2011
adab berjual beli wajar dicontohi.
Salam perpaduan semua, di sini ingin saya berkongsi dengan anda semua,semalam, saya telah pergi jalan-jalan di kawasan jualan di KHAR, saya sangat suka dan melihat pelbagai aneka yang dijual. Hmm.. tp sayangnya, hendak membeli itu satu kehendak bukan keperluan memandangkan duit PTPTN belum masuk. Namun begitu, saya tertarik di satu kedai yang menjual kerongsang. Belik punya membelik, saya pun terpaut lalu membelinya setelah membuat pilihan. Perkara yang hendak saya tekan di sini adalah adab ketika berjual beli yang wajar dicontohi oleh penjual lain. Apakah perkara itu? pastinya tertanya-tanya bukan? ucapan " saya jual ya" itulah dimaksudkan oleh saya. Lantas, saya membalasnya dengan senyuman sambil menjawab "saya beli, terima kasih". Pada pandangan saya ucapan tersebut kurang diamalkan oleh peniaga kita pada hari ini khususnya orang melayu. bukankah dalam urusan jual beli menurut islam dalam perlu adanya "akad jual beli ". Bagi saya lagi manis jika diamalkan, bahasa kita juga menjadi indah dan penuh kesopanan. sekian, terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan