Jumaat, 21 Januari 2011
Diskusi novel "interlok"
Salam Muhibah semua, apa khabar?. Hari ini saya telah menghadiri satu diskusi di mana diskusi isu yang sangat hebat diperkatakan pada hari ini. Sepanjang berlangsungnya sesi diskusi tersebut dapat dilihat gaya pembentang 3 orang panel yang berpengalaman saya kira. begitu juga dengan sesi soal jawab bersama khalayak yang turut serta. Namun demikian, terdapat beberapa pelajar yang menggunakan "bahasa rojak" ketika menanyakan soalan kepada ahli panel. Saya berpendapat, lebih elok sekiranya kita berbahasa Melayu sepenuhnya. Hal ini tidaklah mencemarkan bahasa kita. Bagaimanakah pendapat anda?. Keseluruhan dalam diskusi tersebut berjalan lancar dan saya dapat memiliki satu novel tersebut dengan harga pelajar.
Khamis, 20 Januari 2011
hargailah senyuman anda, penawar jiwa.
salam perpaduan, hari ini ingin saya mencuit fikiran anda dengan topik "senyuman". tidak salah kiranya kita memberi senyuman kepada orang lain. Wanita khasnya senyuman merupakan pemanis mereka dan penyejuk mata yang memandang. hari ini saya dan teman saya sedikit terasa hanya kerana senyuman. Kami makan di salah sebuah restoran di mana apabila pekerja wanita mengambil pesanan tanpa senyum dan hanya dengan wajah yang masam mencuka. Pada mulanya kami tidak ambil kisah akan tetapi apabila pesanan di hantar oleh wanita tersebut dengan cara dan tingkah lakunya yang tidak mesra, tidak senyum malah ucapan terima kasih kami tidak berbalas amat mengecewakan kami. Begitu juga ketika kami hendak membayar, sedikit senyum tidak terukir di wajahnya. Pada pandangan saya, tidak cantik wanita itu tanpa senyuman sekalipun mempunyai masalah atau penat dan sebagainya. Hakikatnya, senyuman juga merupakan salah satu bahasa (non- verbal). Justeru, apakah pandangan anda mengenai perkara ini?. wassalam..sekian.terima kasih..
Ahad, 16 Januari 2011
Berbudi bahasakah kita?
Salam semua, di sini saya ingin berkongsi sedikit coretan mengenai budi bahasa ketika berurusan dengan orang lain. mari kita sama-sama melihat dua situasi yang berbeza. Pada hari selasa (11 januari 2011) saya telah menguruskan pengguguran kursus kerana subjek itu kekurangan pelajar iaitu kurang dari 10 orang. oleh itu, saya telah berurusan di bahagian akademik untuk pengguguran kursus tersebut dan meminta ditukarkan ke kelas satu lagi. akak yang menjaga kaunter di akademik memberi respon, bertanya "mengapa adik nak tukar" dan menuturkan dengan sopan. di sini saya memuji cara akak tersebut melayani pelajar walaupun ketika itu ramai pelajar yang hendak berurusan. setelah menyatakan sebab, akak tersebut meminta saya untuk memberitahu kepada fakulti agak mengabungkan kelas. Malangnya, ketika saya berurusan di pelajat fakulti pula, layanan sangat berbeza. Hal ini kerana, saya sangat terasa hati dengan layanan salah seorang pekerja di pejabat dengan nada agak sinis pada saya sehinggakan pekerja lain melihat saya apabila dia menyatakan " ini bukan masalah saya". kesimpulannya disini, sama-samalah kita merenungkan bagaimana budi bicara kita, di mana budi bahasa kita ketika kita berurusan walaupun kita ini hanyalah pelajar sahaja. Namun, hakikatnya kita tetap sama iaitu manusia biasa. oleh itu, kita harus melihat bahasa kita kerana kelak kita juga akan berurusan dengan orang lain. renung-renungkanlah..sekian..
Sabtu, 15 Januari 2011
adab berjual beli wajar dicontohi.
Salam perpaduan semua, di sini ingin saya berkongsi dengan anda semua,semalam, saya telah pergi jalan-jalan di kawasan jualan di KHAR, saya sangat suka dan melihat pelbagai aneka yang dijual. Hmm.. tp sayangnya, hendak membeli itu satu kehendak bukan keperluan memandangkan duit PTPTN belum masuk. Namun begitu, saya tertarik di satu kedai yang menjual kerongsang. Belik punya membelik, saya pun terpaut lalu membelinya setelah membuat pilihan. Perkara yang hendak saya tekan di sini adalah adab ketika berjual beli yang wajar dicontohi oleh penjual lain. Apakah perkara itu? pastinya tertanya-tanya bukan? ucapan " saya jual ya" itulah dimaksudkan oleh saya. Lantas, saya membalasnya dengan senyuman sambil menjawab "saya beli, terima kasih". Pada pandangan saya ucapan tersebut kurang diamalkan oleh peniaga kita pada hari ini khususnya orang melayu. bukankah dalam urusan jual beli menurut islam dalam perlu adanya "akad jual beli ". Bagi saya lagi manis jika diamalkan, bahasa kita juga menjadi indah dan penuh kesopanan. sekian, terima kasih.
Rabu, 12 Januari 2011
Nilai "terima kasih"
Salam ukhwah semua, budaya ucapan "terima kasih" ketika menuruni bas. Sememangnya kita melihat satu benda yang remeh. Namun, amat bermakna kepada pemandu bas. Hal ini kerana, pemandu tersebut rasa dihargai hanya kerana ucapan tersebut. Di kaca mata saya, budaya ini banyak diamalkan oleh pelajar UPSI. Oleh itu, wajarlah dikekalkan tidak semestinya kepada pemandu bas tetapi kepada sesiapa sahaja yang telah membantu ataupun setelah kita menggunakan perkhidmatan mereka tidak kira masa, tempat dan siapa. Semoga catatan saya ini mengingatkan diri saya dan para pembaca semua agar memanfaatkan ucapan "terima kasih". Sekian..
Isnin, 10 Januari 2011
sosiolinguistik
Langgan:
Catatan (Atom)