nur iman( pemikir bahasa)
Selasa, 19 Jun 2012
teknik pelaksanaan Pengajaran untuk pelajar lemah IQ dan hilang minat belajar
Apabila kita telah mengalami sendiri pengalaman mengajar di sekolah.baru kita mengetahui ada teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dan ada teori pembelajaran yang perlu disesuaikan mengikut situasi. Di sini saya akan berkongsi ilmu yang saya dapat setelah saya melalui pengalaman mengajar pelajar yang rendah IQ, kurang minat belajar. Tentu sahaja menjadi masalah kepada para guru memikirkan cara untuk menarik minat mereka. Cadangan saya aplikasikan penggunaan ict bagi mengajar kelas yang lemah. Mengapa? kerana penggunaan audio seperti lagu, video banyak membantu menarik perhatian mereka. Pelajar yang nakal, tidak ada minat belajar secara tak langsung tertarik untuk melihat dan mendengar. Bagaimana guru hendak memastikan mereka mengikuti pembelajaran? sewaktu hendak memasangkan lagu, edarkan seni kata, kosongkan perkataan-perkataan tertentu misalnya kata nama (ibu,adik, bumi) kata adjektif (sayu, gembira, tenang), kata kerja (berjalan, ditimpa). Berikan pelajar menyanyi sambil mengisi tempat kosong. Seronok kan aktiviti ini. bernyanyi sambil belajar. baiklah, selamat mencuba. Cuba aplikasi video ini dalam pengajaran, pasti dapat memberi nilai pengajaran, dan keinsafan kepada pelajar.
Isnin, 18 Jun 2012
Isnin, 11 Julai 2011
Penggunaan "ia" dalam karangan pelajar
Salam ukhwah buat semua,....bertemu kembali di dalam blog saya setelah sekian lama tidak dicoret-coretkan mengenai pandangan bahasa. Kini, ada satu perkara ingin berkongsi ilmu mengenai penggunaan "ia". Semasa saya menyemak karangan pelajar didapati mereka gemar menggunakan perkataan "ia" bagi merujuk kata ganti nama bagi benda misalnya (tempat percutian yang menarik. Ia). Di sini, ingin saya menjentik sedikit mengenai penggunaan kata ganti nama "ia".Kata ganti nama "ia" asalnya daripada perkataan "Dia". Oleh itu, perkataan "ia" hanya merujuk kepada manusia sahaja..setakat itu sahaja, coretan saya di pagi yang mulia ini. Bertemu kita di lain hari...Wassalam...
Isnin, 14 Mac 2011
penggunaan dialek menerusi video
indahnya bahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai dialek. mari merehatkan minda dengan menonton video ini.
Jumaat, 11 Mac 2011
penggunaan peribahasa dalam teks sastera
Assalammualaikum semua dan salam sejahtera, apa khabar? hari ini saya ingin berkongsi mengenai peribahasa dalam kehidupan. pagi tadi saya telah membaca sebuah teks sastera iaitu "Drama Arah ke mana". di dalam teks ini banyak nilai pengajaran yang dapat menyedarkan masyarakat dalam tanggungjawab mendidik anak-anak . perkara yang menarik di dalam teks ini ialah penggunaan peribahasa melayu dalam teks tersebut dapat memberi manfaat kepada generasi muda iaitu mengetahui peribahasa melayu. misalnya
ibarat kain putih yang bersih
melentur buluh biar dari rebungnya
Tambahan pula, generasi sekarang kian lupa pada asal usul dan budaya mereka malah lebih mengagungkan budaya barat. bukankah budaya dan adat kita sebagai masyarakat melayu lagi indak dan unik. oleh itu, kekalkanlah usaha kita agar penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian akan kekal selamanya,..
ibarat kain putih yang bersih
melentur buluh biar dari rebungnya
Tambahan pula, generasi sekarang kian lupa pada asal usul dan budaya mereka malah lebih mengagungkan budaya barat. bukankah budaya dan adat kita sebagai masyarakat melayu lagi indak dan unik. oleh itu, kekalkanlah usaha kita agar penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian akan kekal selamanya,..
Khamis, 10 Mac 2011
pengajaran guru
salam sejahtera semua, hari ini saya ingin berkongsi mengenai pendapat saya sewaktu melihat pengajaran guru yang dilakukan oleh rakan saya dalam kursus KPD, di sini ingin saya mencuit sedikit mengenai bahasa guru sewaktu mengajar di mana mereka perlu selaras kan penggunaan kata panggilan diri sewaktu mengajar. mereka tidak boleh bercampur-campur kata panggilan cikgu dan saya, sebagai contoh, cikgu hendak kamu... setelah itu, saya hendak... sepatutnya, pada pandangan saya sekiranya ingin menggunakan panggilan cikgu maka haruslah terus dengan panggilan tersebut,..sedikit cuitan dari saya untuk kesedaran bersama dalam menjadi pendidik yang berketrampilan.wassalam..
Selasa, 8 Mac 2011
pengurusan mesyuarat yang berkesan
Salam sejahtera semua, di sini saya ingin berkongsi mengenai pengurusan mesyuarat yang berkesan seperti yang dilihat oleh saya pada hari ini, di mana mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa. jarang sekali saya melihat bacaan doa dilakukan sewaktu mengadakan mesyuarat. Seterusnya, sesi pengenalan diri berjalan dengan lancar dengan adanya pembuka bicara dan pengenalan diri apabila ingin mengemukan usul serta menutup mesyuarat dengan bacaan doa sekali lagi. Pada pendapat saya semua perkara ini wajar dijadikan contoh yang baik sewaktu mengadakan mesyuarat.
Langgan:
Catatan (Atom)