Assalammualaikum semua dan salam sejahtera, apa khabar? hari ini saya ingin berkongsi mengenai peribahasa dalam kehidupan. pagi tadi saya telah membaca sebuah teks sastera iaitu "Drama Arah ke mana". di dalam teks ini banyak nilai pengajaran yang dapat menyedarkan masyarakat dalam tanggungjawab mendidik anak-anak . perkara yang menarik di dalam teks ini ialah penggunaan peribahasa melayu dalam teks tersebut dapat memberi manfaat kepada generasi muda iaitu mengetahui peribahasa melayu. misalnya
ibarat kain putih yang bersih
melentur buluh biar dari rebungnya
Tambahan pula, generasi sekarang kian lupa pada asal usul dan budaya mereka malah lebih mengagungkan budaya barat. bukankah budaya dan adat kita sebagai masyarakat melayu lagi indak dan unik. oleh itu, kekalkanlah usaha kita agar penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian akan kekal selamanya,..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan